YAS Dato’ Sri Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah hadir ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan dalam siri Lawatan Kerja Rasmi ke negeri-negeri.
YAS Ketua Pengarah terlebih dahulu menerima Hormat Panglima dan membuat Pemeriksaan Perbarisan Kehormat. Selepas itu,YAS Ketua Pengarah telah merasmikan Helipad JBPM Negeri Kelantan dan pada masa sama YAS Ketua Pengarah telah membuat Pelancaran Monsun Timur Laut ( MTL ) Peringkat JBPM Negeri Kelantan.
Acara kemuncak dalam program siri Lawatan Kerja Rasmi ini ialah Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang( APC ) tahun 2022.
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah menyampaikan ucapan alu-aluan.
Seramai 53 orang pegawai dan kakitangan menerima APC manakala 13 orang pegawai menerima Sijil 30 Tahun Perkhidmatan yang telah disampaikan oleh YAS Dato’ Sri Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin,Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.