YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Sabah.
KPKT dan JBPM akan sentiasa mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kebombaan agar dapat menangani insiden kecemasan dan bencana dengan lebih berkesan.
Turut hadir bersama YBrs. Tuan Haji Muhammad Razman bin Abu Samah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), KPKT, Puan Nor Aza bin Muhammad Hussin, Setiausaha Bahagian (BPJ), KPKT dan YS Dato’ Ts. Ahmad Izram bin Osman, Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysian(JBPM).