10.7.2024: Majlis Perjumpaan Warga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bersama YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha (KSU) KPKT telah diadakan pada pagi ini bertempat di Dewan Kristal, KPKT.
YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut hadir dalam majlis tersebut bersama pegawai-pegawai kanan JBPM yang lain termasuk Pengarah-pengarah Bahagian dan Negeri JBPM.
Dalam majlis tersebut YBhg. Dato’ Wira KSU telah berkongsi pencapaian dan prestasi semasa warga KPKT serta sempat memberikan pesanan agar seluruh Warga KPKT terus berusaha untuk memastikan KPKT terus mengekalkan kecemerlangan.
Antara pengisian dalam majlis tersebut turut diadakan Pelancaran Kejohanan Ragbi Bomba 10′ Tahun 2024 JBPM yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Wira KSU diiringi Ketua Pengarah JBPM sendiri.
Program yang dilaksanakan secara fizikal dan dalam talian ini turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi KPKT iaitu YBrs. Tuan Haji Suhaimi bin Ali@Ahmad, TKSU (RK) KPKT, YBhg. Datuk Saidatu Akhma binti Hassan, TKSU (M) KPKT, Ketua-ketua Jabatan serta Warga KPKT.