20.6.2024: JBPM Negeri Perak menerima panggilan kecemasan pada jam 1.37 pagi mengenai kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di KM 288, Lebuhraya WCE Arah Utara, Air Tawar, Perak.
Anggota Bomba seramai 6 orang dari BBP Air Tawar bersama jentera FRT bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat panggilan.
Komander Operasi, PBK II Shamsul Alam Bin Man mamaklumkan kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton X50.
Kereta tersebut telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
Anggota Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.
Namun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.
Seterusnya, mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak
#bombaairtawar