18.9.2024: Sebuah lori treler jenis Fonto Auman dan sebuah lori 8 tanjenis Hino telah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Kilometer 128.6, Lebuhraya Uraa Selatan (PLUS) menghala utara, Yong Peng, Johor.
Komander operasi, PBK II Mohd Hafiz bin Othman melaporkan, pihak bombamenerima panggilan kecemasan pada jam 1:09 petang dan segera ke lokasi kejadian bersama anggota dan jentera.
Seorang mangsa iaitu pemandu lori treler berusia 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Manakala seorang lagi mangsa, pemandu lori 8 tan berusia 42 tahun yang tersepit di ruangan pemandu telah berjaya dikeluarkan daripada kenderaan oleh pasukan Bomba denganmenggunakan peralatan menyelamat.
Mangsa turut diberikan rawatan awal oleh pasukan Bomba sebelummenghantarnya ke Hospital Muar dengan menaiki kenderaan Unit EMRS bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Operasi penyelamatan tamat pada jam 2:41 petang setelah memastikan persekitaranselamat.