JOHOR JAYA, 4.7.2023: JBPM Negeri Johor menerima panggilan kemalangan jalan raya pada jam 5:06 petang yang berlaku dekat jejambat di Bandar Baru Permas Jaya menghala ke Pasir Gudang, Johor.Anggota Bomba daripada BBP Johor Jaya seramai 8 orang telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan jentera Unit EMRS sejurus panggilan diterima.
Komander Operasi, PBK II Mohd Rafie bin Ahmad Sareng melaporkan, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil yang terbabas di penghadang jalan.
Seorang mangsa iaitu perempuan warga emas yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) berusia 66 tahun dilaporkan terlibat namun tidak tersepit di dalam kenderaan tersebut dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam.
Anggota Bomba unit EMRS bertindak memberikan rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan sebelum menghantarnya ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.