20.6.2024: YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan Program Ibadah Qurban Sentuhan Kasih bersama P113 Sepang, KPKT dan Bomba di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya, Selangor.
Daging Korban tersebut telah diagihkan kepada Ahli Majlis Sepang, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Sepang, Masjid-Masjid Dalam Parlimen Sepang, Komuniti Rukun Tetangga Parlimen (KRT) Sepang, Sukarelawan Jabatan kebajikan Masyarakat, Asnaf Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Asnaf Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Turut hadir bersama-sama memeriahkan program tersebut adalah YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT, YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM, Pengurusan Tertinggi KPKT & JBPM serta warga kerja JBPM.
Semoga segala amal ibadah Korban yang dijalankan pada tahun ini akan mendapat ganjalan pahala, rahmat dan keberkatan daripadaNya. Aminn..