SKUDAI, 10.7.2023: Pusat Gerakan Operasi (PGO), JBPM Negeri Johor menerima panggilan kebakaran bengkel melalui talian MERS999 pada jam 9:13 malam yang berlaku berhampiran The Garden Residence, Jalan Persiaran Mutiara Mas, Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor.
Pasukan Bomba daripada BBP Skudai telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik panggilan diterima serta di bantu oleh BBP Larkin dan BBP Pekan Nenas. 3 jentera FRT, 1 jentera Unit EMRS, 1 kenderaan RRVdan 1 kenderaan utiliti Mitsubishi Triton telah digunakan dalam operasi pada kali inidengan jumlah keanggotaan adalah seramai 24 orang.
Komander Operasi, PKPgBMohd Faiz bin Suleiman melaporkan, kebakaran tersebut melibatkan sebuah bengkel jenis kekal berkeluasan 40×40 kaki persegi. Kebakaran itu telah memusnahkan 60% daripada keseluruhan premis.
Anggota Bomba bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan sumber air daripada pili bomba berhampiran.
Namun, Semasa kejadian telah berlaku letupan dan kesan letupan tersebut telah mengakibatkan kerosakan pada cermin tingkap rumah yang berada pada jarak lebih kurang 100 kaki daripada bengkel tersebut.
Kesan letupan itu turut mengakibatkan dua orang lelaki dewasa telah tercedera dan melecur. Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke hospital berhampiran sebelum pihak Bomba tiba di lokasi kejadian.
Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada jam 11:39 malam. Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.