ASIR GUDANG, 12.7.2023: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, JBPMNegeri Johor menerima panggilan kebakaran kenderaan melalui talian MERS999 pada jam 4:30 pagi yang berlaku di Jalan Pulasan 21, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.
Satu jentera FRT daripada balai tersebut telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama enam (6) orang anggota sebaik menerima panggilan.
Komander Operasi, PBK II Shahrul bin Suboh melaporkan,sebuah kereta jenis Toyota Wish dan Toyota Hiace telah terbakar dan menyebabkan kemusnahan sebanyak 60% bagi Toyota Wish dan 3% bagi Toyota Hiace.
Pasukan Bomba bertindak melakukan kerja-kerja pemadaman api dengan menggunakan salur bantu dari mula sehingga selesai.
Kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Operasi ditamatkan pada jam lebih kurang 5:11 pagi.