darling dapat psb

Darling Ngasri dapat Pingat Setia Bomba

Oleh Fatin Farhana Ariffin – November 25, 2021 @ 6:00pm
fatin.farhana@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pelakon, Darling Ngasri, 38, berbesar hati menerima penganugerahan Pingat Setia Bomba sempena Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), semalam.

Darling berkata, dia berterima kasih kepada JBPM kerana memilihnya sekali lagi dalam kalangan yang terbaik.

“Seramai 72 penerima anugerah. Antaranya, Datuk Ras Adiba Radzi. Saya terima Pingat Setia Bomba dan ini adalah pingat kedua diterima.

“Sebelum ini, saya dianugerahkan Pingat Jasa Bomba pada 2018. Tentunya, saya berbesar hati diberi penganugerahan ini. Jika diikutkan sumbangan saya tidak besar, tetapi apabila dipilih bermakna JBPM sangat menghargai kerjasama yang dibina selama ini.

“Sejujurnya, JBPM sangat dekat di hati saya,” katanya kepada BH Online.

Darling atau nama sebenarnya, Nasreen Ngasri berkata, Pingat Setia Bomba dikurniakan kepada individu yang sudah lama berkhidmat dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

“Selain itu, penganugerahan diberikan pada individu yang menunjukkan jasa sepanjang memberikan perkhidmatan dan menunjukkan taat setia.

“Ia juga terhadap sumbangan dalam apa juga bentuk kepada jabatan dan masyarakat yang mempunyai hubung kait dengan tugas serta tanggungjawab JBPM,” katanya.

Pemilik syarikat produksi NS Star Sdn Bhd itu berkata, dia adalah penerbit pertama menghasilkan drama membabitkan pasukan beruniform bomba berjudul Hero siaran TV2.

“Saya mula bekerjasama dengan JBPM sejak 2015 sehingga hari ini. Antara karya dihasilkan dengan kerjasama JBPM termasuklah iklan, novel drama bersiri sehingga filem.

“Terbaharu, saya menghasilkan drama Fatimah Azzahra dengan kerjasama Fatimah Azzahra yang disiarkan Syawal lalu.

“Insya-Allah jika ada rezeki, saya mahu menyambung merakamkan drama bersiri berkenaan.

“Saya jatuh hati dengan anggota bomba kerana mempunyai aksi yang orang ramai jarang tengok. Banyak mesej mengenai keselamatan yang oleh disampaikan,” katanya.

Tidak hanya itu, Darling menyatakan anggota bomba juga senang memberikan kerjasama dengan memudahkan penggambaran.

“Selain JBPM, saya ucapkan terima kasih kepada pasukan NS Star Studio dan pelakon yang pernah terbabit dalam projek bersama bomba.

“Saya mahu mendedikasikan anugerah ini buat pelakon dan kru balik tabir yang bekerja keras bersama saya,” katanya.

Filem sulung terbitan NS Star Studio, Hero The Movie turut mengetengahkan kerjaya anggota bomba dan penyelamat sebagai latar belakang.

kredit sumber : BH Online

toto togel scatter mahjong cie4d sakutoto onictoto toto slot pengeluaran macau data sdy slot thailand situs toto slot zeus situs toto toto slot pawpaw4d Toto macau onictoto cie4d vartoto vartoto sakutoto public88 https://casitasdelasierra.com/ situs toto rans303 https://www.thistlechangeyou.com/ nasatoto bumispin pengeluaran macau Scatter Hitam situs toto Situs Toto live sdy live hk lotto data hk lotto ADASLOT slot 4d slot gacor kedai168 hoki138 Slot Online https://kemenpppa.com/ situs toto situs toto xtoto toto slot slot88 slot toto

slot bola

situs slot gacor slot qris toto togel toto togel slot88 toto slot toto macau situs toto vartoto slot toto slot gacor slot gacor keluaran macau mixparlay slot gacor
Skip to content