Bomba siasat kebakaran 13 motosikal di KLCC

Bomba siasat kebakaran 13 motosikal di KLCC

KUALA LUMPUR : Bomba sedang menyiasat kes kebakaran membabitkan 13 motosikal yang berlaku di ruangan parkir Suria KLCC Jalan Ampang pada Khamis.
Menurut Komander Operasi Mohd Iqbal Khan Malek Khan, pihaknya menerima laporan pada jam 3.45 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Keluaran pasukan operasi jentera dari BBP Jalan Tun Razak dan jentera bantuan dari BBP Keramat bersama jentera FRT- 2 dan EMRS-1 dengan kekuatan 15 anggota.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian terdapat kebakaran 13 buah motosikal dan empat buah skuter elektrik. Peratus kebakaran sembilan buah motosikal 100 peratus, 3 buah (dua peratus), sebuah (20 peratus) dan empat buah skuter elektrik 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Khamis.
Insiden kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Api juga berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.04 minit petang dan setakat ini bomba masih menyiasat punca dan kerugian kebakaran.
Kebakaran yang tercetus pada petang Khamis itu juga mula dimuat naik beberapa pengguna laman sosial.
English EN Malay MS
Skip to content