MACHANG, KELANTAN, 02.11.2023 – BBP Machang terima panggilan kecemasan pada jam 1.44 petang mengenai runtuhan tanah di Jalan Kg. Maka – Kg. Joh, Machang, Kelantan.
Menurut Komander Operasi, setibanya di tempat kejadian didapati terdapat 3 mangsa lelaki warga Bangladesh telah tertimbus dalam runtuhan tanah di tapak pembinaan projek lebuhraya baru Kg. Joh. Kerja penyelamatan dibantu oleh sebuah jentera excavator di lokasi kejadian.
Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada jam 2.49 petang diikuti mangsa kedua dikeluarkan pada jam 3.39 petang dan mangsa ketiga berjaya dikeluarkan pada jam 3.50 petang.
Kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak Forensik PDRM untuk tindakan selanjutnya.