Calon-calon yang akan menghadiri ujian fizikal, pancaindera dan temuduga Pegawai Bomba Bantuan JBPM Negeri Pahang, dikehendaki untuk hadir bagi sesi pengambilan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 21 Mac 2022
Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat Peramu
Tarikh : 22 & 23 Mac 2022
Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin
Tarikh : 24 Mac 2022
Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis
Semua calon yang telah menghantar borang permohonan dan juga calon simpanan tahun 2021 adalah layak untuk hadir dan mengambil ujian. Bagi calon simpanan tahun 2021 anda dikehendaki untuk lulus semula ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.
KEPERLUAN SEMASA HADIR UNTUK SESI FIZIKAL DAN TEMUDUGA
1. Pelitup muka
2. Sarung tangan getah
3. Pen
4. Pakaian Sukan (ujian Fizikal)
4.1 T-Shirt Berkolar putih
4.2 Seluar Track Bottom gelap
4.3 Kasut Sukan
5. Pakaian Formal ( Temuduga)
5.1 Baju Kemeja Lengan Panjang Putih
5.2 Tali Leher
5.3 Seluar Slack Gelap
5.4 Kasut Potong Hitam
6. Kad Pengenalan diri
7. Sijil lahir
8. Sijil akademik asal dan Salinan
9. Resume bergambar
10. Beg untuk menyimpan barang peribadi
11. Air minuman dan roti jika Ujian mengambil masa yang lama.
*calon yang tidak menepati kriteria di atas boleh dihalang dari menghadiri sesi fizikal dan temuduga.