Tujuan penyediaan Manual Pengguna ini adalah untuk membantu pengguna portal memahami proses kerja dan penggunaan bagi setiap kandungan di dalam WP Portal Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Dokumentasi ini akan menerangkan dengan terperinci bagaimana portal ini berfungsi dan memberi gambaran kepada pengguna bagaimana untuk menggunakan portal tersebut. Manual ini merupakan bahan rujukan atau panduan untuk pengguna.