ISU JBPM SEMASA PKP - HALAMAN 2

Maklumbalas Persoalan Berkenaan Pembayaran Elaun Khas Covid-19 Berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa NEMC COVID-19 JBPM Bil. 9/2020

Tiada had untuk menerima elaun ini selagi ianya selari dengan Perkara 9  di dalam Garis Panduan Pemberian Elaun Khas Bulanan Kepada Pegawai Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Dalam Menangani Dan Membendung Penularan Wabak Covid-19. Walaubagaimanapun, pentadbiran negeri dan balai disaran untuk memastikan bilangan petugas adalah releven dengan tugasan COVID-19 yang dilaksanakan.

Layak sekiranya mematuhi mana-mana kriteria di Perkara 9 dalam Garis Panduan Pemberian Elaun Khas Bulanan Kepada Pegawai Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Dalam Menangani Dan Membendung Penularan Wabak Covid-19 dengan disertakan pembuktian atau pengesahan dilampirkan bersama Borang Bayaran Khas COVID-19

Layak. Selari dengan Perkara 5 iaitu “Pegawai” bermaksud Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan, Pegawai Gunasama dan Sokongan yang berkhidmat di dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Layak sekiranya menjalankan sanitasi awam di kawasan Zon Hijau atas arahan Pegawai Daerah atau pihak berkepentingan dengan pembuktian pengarahan tersebut disertakan bersama Borang Bayaran Khas COVID-19

Layak sekiranya khidmat secara konsultasi itu dijalankan secara bertugas melalui Pusat Gerakan Operasi. Tidak layak sekiranya khidmat tersebut diberikan melalui bertugas melalui rumah atau tidak terlibat secara langung di dalam pengurusan tersebut.

Layak berdasarkan Perkara 9. Bertugas 24 jam pada satu-satu masa adalah dikira sebagai 1 hari walaupun masa bertugas bermula 8 pagi hingga 8 pagi keesokkannya.

1 . Kelas - Boleh diadakan namun tertakluk kepada peraturan Perintah Kawalan Pergerakan seperti mengekalkan jarak social dan bukan berada di ruang yang tertutup.
2.  Sukan/ Riadah / senaman (workout) -  Aktiviti sukan hendaklah digantikan dengan aktiviti secara kumpulan kecil dan di dalam kawasan balai.
3.  Aktiviti Luar -  Tidak dibenarkan
Ya, perlu mendapat kebenaran dan kelulusan daripada KKM atau Jabatan Kesihatan Negeri. Jentera EMRS perlu dinyahcemar dan kawasan terdedah perlu di balut dengan plastic pembalut lutsinar (wrapper).
Perlu berhubung dengan Jabatan Kecemasan  Hospital tersebut bagi proses nyahcemar jentera EMRS yang akan dilakukan oleh kontraktor yang dilantik pihak KKM atau anggota disertai.
Tidak, hanya boleh dilakukan kepada anggota yang menggunakan PPE minimum Level C.

Tidak, jabatan tidak ada menyediakan perkhidmatan tersebut kepada pihak swasta. Perkhidmatan berkenaan boleh diperolehi dari mana-mana syarikat swasta lain yang ada menawarkan perkhidmatan nyahcemah serta dapatkan khidmat nasihat kaedah perlaksanaan nyah cemar dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

English EN Malay MS
Skip to content