Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg

Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Album AKTIVITI MAC Back to Top

Albums

Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Tampar Piala YB Menteri KPKT & Piala YAS Ketua Pengarah JBPM yang dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri KSU KPKT pada 1 Mac 2020 (Ahad) pukul 12.00 tengah hari di Dewan Bola Tampar MBSA, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor.
Kelab 3K Tadika Islam Al-Hidayah 

Tarikh : 02 Mac 2020 (Isnin)

Tempat : Tadika Islam Al-Hidayah Presint 9 

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang kebakaran dan kesedaran bahaya api. Antara aktiviti yang dilakukan ialah cara rebah dan guling apabila terkena api pada badan dan merendahkan badan untuk keluar dari bangunan yang terbakar.
JADUAL TUGASAN HARIAN (JTH) : KAWAD MAHIR (RTA)

Tarikh : 05 Mac 2020 (Khamis)

Diketuai : PBK II Mohd Zamanee Bin Yunus @ Hasbullah dan PBK II Hamdan Bin Mohd Yusof 

Tenaga Pengajar : PBK II (KUP) Raimy Erwan Bin Mahadi dan PBK II (KUP) Harman Bin Adul 

Pasukan : B
LATIHAN MINGGUAN SCUBA : PEMBIASAAN PERALATAN SCUBA
Tarikh : 5 Mac 2020 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi
Khidmat Khas : Kereta Terkunci 
Tarikh : 06 Mac 2020 (Jumaat) 
Alamat : Bazaar 8, Presint 8 
Ketua Ops : PBK II Hamdan Bin Mohd Yusof 
Laporan : Seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam kereta jenis Toyota Vios. Anggota bomba membuat kerja-kerja membuka pintu kereta tersebut menggunakan peralatan khas
6 Mac 2020 jam 3.00 petang, bertempat di Dewan Sutera, JBPM Putrajaya telah berlangsungnya Majlis Dialog YS Pengarah JBPM Putrajaya Bil 1/2020. Majlis turut meraikan perpisahan PgKB II Sukur Bin Hatta (Timbalan Pengarah) yang bertukar ke Zon Tawau, JBPM Sabah dan PgB Noraziah Binti Hj Hassan (Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri) yang telah dinaikkan pangkat dan ditempatkan di Bahagian Operasi Ibu Pejabat.
Tarikh : 9 Mac 2020
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Teratai
MENZIARAHI PEGAWAI SAKIT

Adalah dimaklumkan bahawa PB Zulkarnain Bin Abdul Karim (Pasukan A) telah terlibat dengan kemalanagan jalanraya di alamat Lampu Isyarat Presint 5R6,Presint 5,Putrajaya. 07.03.2020. Maklumat awal PB Zulkarnain mengalami kecederaan pada bahagian kaki, pinggang dan bahu.Beliau telah diberi rawatan awal oleh anggota bomba Unit EMRS dan telah dihantar ke Hospital Putrajaya menggunakan Jentera EMRS untuk diberi rawatan selanjutnya. Timbalan Pengarah, PgKB II Henry Goliong dan Ketua Balai TPgB Che Shari Bin Abdullah bersama dengan pegawainya telah menziarahi PB Zulkarnain di rumah beliau.
Kursus Pengurusan Guru Kadet Bomba anjuran Bahagian Latihan, JBPM Putrajaya sedang berlangsung bermula pada 10 hingga 12 Mac 2020 (3 hari) bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik, JBPM Putrajaya (Teori) & BBP Putrajaya (Praktikal). Penyelaras Kursus adalah PKPgB Zainasrie Bin Zainal manakala penceramah adalah PBK II Hamdan Bin Mohd Yusof serta dibantu oleh 2 orang fasilitator iaitu PBK II (KUP) Muhaizad Bin Mohamad dan PB Mohd Akbar Bin Ariffin.
SESI LAWATAN TAPAK PROJEK PEMBINAAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PRESINT 14, PUTRAJAYA

Pada 11 Mac 2020 (Rabu) jam 3.00 petang, YAS Ketua Pengarah JBPM, Dato' Mohammad Hamdan Bin Hj Wahid bersama dengan pegawai-pegawai kanan dari Ibu Pejabat JBPM berserta YS Pengarah JBPM Putrajaya dan pegawai-pegawainya telah membuat lawatan ke Tapak Projek Pembinaan Balai Baru di Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14, Putrajaya.
KEBAKARAN HUTAN / LALANG / BELUKAR DI PRESINT 20

Operasi : Kebakaran Hutan / Lalang / Belukar
Tarikh : 14 Mac 2020 (Sabtu)
Tempat : Presint 20, Putrajaya
Ketua Ops : PBK II Hamdan Bin Mohd Yusof
Pasukan : Bravo

PERINGATAN MESRA : HINDARI PEMBAKARAN TERBUKA, BERSAMA MENJAGA KUALITI UDARA DAN ALAM SEKITAR
KEBAKARAN HUTAN / LALANG / BELUKAR DI PRESINT 12

Operasi : Kebakaran Hutan / Lalang / Belukar
Tarikh : 17 Mac 2020 (Selasa)
Tempat : Presint 12, Putrajaya
Ketua Ops : PBK II Mohd Zamanee Bin Yunus @ Hasbullah
Pasukan : Bravo

PERINGATAN MESRA : HINDARI PEMBAKARAN TERBUKA, BERSAMA MENJAGA KUALITI UDARA DAN ALAM SEKITAR
20 Mac 2020, Taklimat dari YS Pengarah JBPM Putrajaya, PgKB I Hafizal Bin MOhd Razali berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan dan COVID-19. 

We Stay At Work For You, You Stay At Home For Us

Photos