Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg

Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Album AKTIVITI NOVEMBER Back to Top

Albums

PROGRAM KHATAN PERDANA 2019

Tarikh : 24 November 2019 (Ahad)
Tempat : Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Diketuai oleh PB Wan Mohd Zammani Bin Wan Mohd Ramli serta dibantu oleh anggota Pasukan B.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI BRIGED PUTERA 

Pada 24 November 2019 (Ahad), satu lawatan sambil belajar dari Briged Putera Malaysia Kajang ke Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya.
Lawatan tersebut telah dihadiri seramai 14 orang murid dan 2 orang guru pengiring.
Diketuai oleh PBK II Mohd Zamanee Bin Yunus @ Hasbullah dan PB Wan Mohd Zammani Bin Wan Mohd Ramli serta dibantu oleh anggota Pasukan B.
GOTONG ROYONG PERDANA SIRI 2
Tarikh : 22 November 2019
Masa : 3.00 petang
Pada 18 hingga 21 November 2019, satu Bengkel Semakan Buku Perkhidmatan Kerajaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Teratai. Semua pegawai-pegawai dan anggota dipanggil untuk menyemak buku perkhidmatan masing-masing.
MAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN BOMBA KOMUNITI SUB ZON 3 MPP PUTRAJAYA

Pada 17 November 2019 diadakan Majlis Perasmian Penubuhan Bomba Komuniti Sub Zon 3 MPP Putrajaya bertempat di Dewan Sutera dan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh. Turut hadir bersama ialah Timbalan Pengarah JBPM Putrajaya serta Pegawai Kanan dan Anggota BBP Putrajaya.
Kejadian pokok tumbang berdekatan Nexus International School Presint 15, Putrajaya.
Tarikh : 18 November 2019 (Isnin)
Khidmat Khas : Lif Terkandas
Alamat : Blok B3 Presint 16, Putrajaya
Tindakan :Pasukan Bravo (B) Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya
Ketua Ops : PBK II Mohd Zamanee Bin Yunus @ Hasbullah

Laporan : Sampai di lokasi didapati 1 orang mangsa lelaki dewasa dan 1 orang perempuan dewasa telah terkandas dalam lif di tingkat G. Lif berjaya dibuka oleh anggota Bomba.
KHIDMAT KHAS : KERETA TERKUNCI DI PRESINT 6

Tarikh : 18 November 2019 (Isnin)
Khidmat Khas : Kereta Terkunci
Alamat : Presint 6, Putrajaya
Tindakan : Anggota Pasukan B Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya
Ketua Ops : PBK II Mohd Zamanee Bin Yunus @ Hasbullah

Laporan : Pintu kereta telah berjaya dibuka oleh anggota Pasukan B Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya tanpa sebarang kerosakan dengan menggunakan peralatan khas
PERTANDINGAN INOVASI SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI 2019

Tarikh : 11 - 14 November 2019
Tempat : Hotel Blue Wave, Shah Alam
LATIHAN KEBAKARAN DI BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG (BHEUU)

Latihan Kebakaran (Fire Drill) di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
Tarikh : 12 November 2019 (Selasa)
Tempat : Bahagian Hal Ehwal Undang-Undan, Presint 3
Agensi Terlibat : Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, IPD Putrajaya dan ERT BHEUU.
Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan latihan tersebut.
KEMALANGAN JALAN RAYA DI BULATAN PERSIARAN SULTAN SALLAHUDIN

Tarikh : 6 November 2019 (Rabu) 
Alamat : Berhampiran Bulatan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Putrajaya 
Tindakan : Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya 
Ketua Ops : PBK II Mohd Zamanee Bin Yunus @ Hasbullah 
Laporan : Setibanya di lokasi kejadian didapati benar belakunya kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia terbabas melanggar tiang lampu. Terdapat seorang mangsa perempuan (pemandu) tersepit dan seorang mangsa lelaki. Mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba dilokasi dan mangsa perempuan dihantar oleh Pasukan EMRS ke Hospital Putrajaya bagi rawatan selanjutnya.
KURSUS PENGUKUHAN TECHNICAL ROPE RESCUE

Kursus Pengukuhan Technical Rope Rerscue Peringkat JBPM Putrajaya sedang berlangsung di BBP Putrajaya bermula pada 5 hingga 7 November 2019. Penceramah bagi kursus ini ialah TPgB Mohd Yaacob Bin Jusoh @ Yusoff dan dibantu oleh fasilitator PBK II Khairil Nazrom Bin Nasir dan PB Azuan Izan Bin Othman.
LATIHAN PENGURUSAN BENCANA (D-MEX) TAHUN 2019 PERINGKAT WP PUTRAJAYA

Pada 27 November 2019, jam 8.00 malam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Polis Diraja Malaysia, Hospital Putrajaya, Angkatan Pertahanan Awam dan Sapura Research Sdn. Bhd. telah mengadakan Latihan Pengurusan Bencana Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya di
Compartment LK10-C09, Common Utility Trench (Cut), (Berhampiran Kementerian Industri Asas Tani), Presint 4, Putrajaya.

Photos