Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg

Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Album AKTIVITI OGOS Back to Top

Albums

Pada 4 Ogos 2019 jam 8.00 pagi, wakil dari Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya iaitu PB Nur Azwan Bin Zulghoni dan anggota Pasukan C telah bersama-sama memberi bantuan untuk aktiviti Gotong-royong Perdana di PPAM Pudina Presint 17.
Pada 5 Ogos 2019 (Isnin), PBK II Hamdan Bin Mohd Yusof mewakili Pasukan B dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya serta kakitangan JBPM Putrajaya menyampaikan sumbangan derma ikhlas kepada mangsa kemalangan jalanraya di Persimpangan Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 27 Julai 2019, hari sabtu yang lalu. Semoga tuan/puan dan anak-anak cepat sembuh seperti sediakala dan salam takziah atas pemergian seorang anak tersayang. Al-fatihah.
Majlis Dialog Dan Perjumpaan YS Pengarah Bersama Pegawai dan Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya Tarikh : 7 Ogos 2019 ( Rabu ) Masa : 8.30 Pagi Tempat : Dewan Sutera, JBPM Putrajaya Majlis tersebut dihadiri oleh YS Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Bahagian, Pegawai-pegawai Kanan Jabatan dan seluruh warga kerja JBPM Putrajaya. Di dalam majlis tersebut YS Pengarah telah menyampaikan hasrat, sasaran dan matlamat jabatan khususnya Negeri Putrajaya agar lebih cemerlang dan menetapkan setiap pegawai seharusnya memiliki ilmu dan berpendidikan tinggi terutama dalam bidang kebombaan dalam memastikan JBPM Putrajaya tidak dipandang sepi oleh pihak pengurusan tertinggi jabatan. Pada majlis tersebut juga, YS Pengarah turut memperkenalkan Timbalan Pengarah yang baru PGKB II Sukur Bin Hatta kepada seluruh kakitangan yang hadir. Dalam majlis yang berlangsung secara harmoni dan mesra itu, pegawai dan anggota juga telah diberi peluang untuk memberikan pandangan yang membina dan juga dapat menyelesaikan beberapa kemusykilan serta isu yang dibangkitkan.
LATIHAN KEBAKARAN DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA

Latihan Kebakaran (Fire Drill) di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
Tarikh : 07 Ogos 2019 (Rabu) 
Tempat : Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.


Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan latihan tersebut.
LATIHAN KEBAKARAN DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Latihan Kebakaran (Fire Drill) di Kementerian Kesihatan Malaysia Blok E1 dan E6 

Tarikh : 08 Ogos 2019 (Khamis) 

Tempat : Blok E1 dan E6, Kompleks E 

Agensi yang terlibat : Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Wilayah Persekutuan, Hospital Putrajaya dan ERT Blok E1 dan E6. 

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan latihan tersebut.
KHIDMAT KHAS : LIF TERKANDAS DI PRESINT 9, PUTRAJAYA

Tarikh : 11 Ogos 2019 (Ahad) 
Khidmat Khas : Lif Terkandas
Alamat : Blok C3 Presint 9, Putrajaya
Tindakan : Pasukan B, Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya
Ketua Ops : PBK II Mohd Zamanee Bin Yunus @ Hasbullah

Laporan : Sampai di lokasi didapati 1 orang mangsa lelaki dewasa telah terkandas dalam lif di tingkat 7. Lif berjaya dibuka oleh anggota Bomba.
LATIHAN KEBAKARAN DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BLOK E10

Latihan Kebakaran (Fire Drill) di Kementerian Kesihatan Malaysia Blok E10
Tarikh : 15 Ogos 2019 (Khamis) 
Tempat : Blok E10, Kementerian Kesihatan Malaysia


Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan latihan tersebut.
KEBAKARAN DAPUR GAS 

Tarikh : 17 Ogos 2019 (Sabtu)
Alamat : Jalan P9B/8, Presint 9, Putrajaya
Komander Operasi : PBK II Hamdan Bin Mohd Yusof dan PBK II Mohd Zamanee Bin Yunus @ Hasbullah
Tindakan : Pasukan B, Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya
Laporan : Sampai dilokasi benar berlaku kebakaran dapur memasak. Tindakan anggota menggunakan 1 aliran hose reel jentera sehingga api padam. Kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan.
LATIHAN KEBAKARAN DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BLOK E3

Latihan Kebakaran (Fire Drill) di Kementerian Kesihatan Malaysia Blok E3
Tarikh : 20 Ogos 2019 (Selasa) 
Tempat : Blok E3, Kompleks E
Agensi yang terlibat : Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Wilayah Persekutuan, Hospital Putrajaya dan ERT Blok E3.


Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan latihan tersebut.
Latihan Kebakaran (Fire Drill) di Klinik Kesihatan Presint 18.
Tarikh : 21 Ogos 2019 (Rabu) 
Tempat : Klinik Kesihatan Presint 18
Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan latihan tersebut.
Latihan Kebakaran (Fire Drill) di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Tarikh : 22 Ogos 2019 (Khamis) 
Tempat : Presint 5, KPL

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan latihan tersebut.
SESI PENILAIAN ANUGERAH INOVASI KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Tarikh : 27 Ogos 2019 ( Selasa )

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Belian, KPKT
MESYUARAT PENGURUSAN SUMBER AIR DAN PILI BOMBA BIL 1/2019

Mesyuarat Pengurusan Sumber Air Dan Pili Bomba Bersama Pihak Berkuasa Tempatan Wilayah Persekutuan Putrajaya Bil 1/2019
Tarikh : 27 Ogos 2018 ( Selasa )
Tempat : Bilik Anggerik, JBPM Putrajaya
Persediaan Keselamatan Sempena Hari Kebangsaan yang akan berlangsung pada 31 Ogos di Sekitar Dataran Putrajaya.
MAJLIS HI-TEA MERAIKAN PERKHIDMATAN TERAKHIR PBT MD IDROS BIN ZARIM

Majlis Hi-Tea Meraikan Perkhidmatan Terakhir PBT Md Idros Bin Zarim 
Tarikh : 30 Ogos 2019 
Masa : 3.30 Petang 
Tempat : Engine Bay, BBP Putrajaya

Photos