16 Mac 2014 (Ahad) - Bertempat di PKB KM 24 Highway Elite telah menerima kunjungan YB Menteri KPKT, Datuk Abdul Rahman Dahlan. Turut hadir ke lokasi ialah YAS Dato' Wan Mohd Nor bin Hj Ibrahim, Ketua Pengarah JBPM serta pegawai-pegawai kanan jabatan. Dikesempatan dengan lawatan itu, YB Menteri sendiri telah turun padang kedalam hutan bagi melihat sendiri dan juga merasa akan tugasan dan rintangan yang anggota bomba hadapi. YB Menteri menghabiskan masa selama 2 jam di kawasan kebakaran hutan simpan tersebut.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2017-06-30 16:10:29 daripada Vox Admin