MAJLIS DIALOG DAN PERJUMPAAN YS PENGARAH BERSAMA PEGAWAI DAN ANGGOTA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA PUTRAJAYA
Majlis tersebut dihadiri oleh YS Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Bahagian, Pegawai-pegawai Kanan Jabatan dan seluruh warga kerja JBPM Putrajaya. Di dalam majlis tersebut YS Pengarah telah menyampaikan hasrat, sasaran dan matlamat jabatan khususnya Negeri Putrajaya agar lebih cemerlang dan menetapkan setiap pegawai seharusnya memiliki ilmu dan berpendidikan tinggi terutama dalam bidang kebombaan dalam memastikan JBPM Putrajaya tidak dipandang sepi oleh pihak pengurusan tertinggi jabatan. Pada majlis tersebut juga, YS Pengarah turut memperkenalkan Timbalan Pengarah yang baru PGKB II Sukur Bin Hatta kepada seluruh kakitangan yang hadir. Dalam majlis yang berlangsung secara harmoni dan mesra itu, pegawai dan anggota juga telah diberi peluang untuk memberikan pandangan yang membina dan juga dapat menyelesaikan beberapa kemusykilan serta isu yang dibangkitkan.
>>>> Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar <<<<
Kemaskini pada 2019-08-08 12:02:47 daripada Admin Putrajaya