Tarikh : 20 SEPTEMBER 2013
Masa : 07.30 MALAM
Tempat : RUMAH PANJANG TERIMAH, LIMBANG
Pada 20hb September 2013, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon limbang telah mengadakan satu Kempen Keselamatan Kebakaran di Rumah Panjang Terimah, Limbang. Program tersebut diketuai oleh PPgB Azman Bin Ibrahim bersama tiga pegawai lain dari Pejabat Zon Limbang dan BBP Limbang. Turut hadir dalam program tersebut ialah Tuai rumah, Rumah Panjang Terimah dan penduduk rumah panjang. Antara pengisian program termasuklah Ceramah Keselamatan Kebakaran, Demonstrasi dan latihan tatacara penggunaan Alat Pemadam Api serta penyerahan 2 unit Alat Pemadam Api untuk kegunaan rumah panjang tersebut
Kemaskini pada 2014-08-19 14:41:13 daripada Admin Sarawak