Tarikh : 21 September 2013
Masa : 0900 Pagi
Tempat : Stadium Tertutup Limbang
Pada 21 September 2013, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Zon Limbang telah mengadakan Pertandingan Futsal Liga Ketua Zon Limbang. Pertandingan ini disertai oleh 6 buah pasukan yang terdiri dari anggota BBP Limbang, BBP Lawas dan Pejabat Zon Limbang, dimana BBP Limbang menghantar 2 pasukan, BBP Lawas 3 pasukan manakala Pejabat Zon Limbang 1 Pasukan.Pertandingan ini dijuarai oleh pasukan MBD dari BBP Lawas dan naib johan dimenangi oleh pasukan RY. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara anggota dan pegawai di Zon Limbang. Penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan sendiri oleh PgB Anuar Shadzat Bin Merdzuki, Ketua Zon Limbang. Turut hadir bersama ialah PKPgB Awang Mohd Farbu Bin Awang Abdul Hamid, Ketua Balai BBP Limbang serta PPgB Mohamad Shamlie Bin Radaee, Ketua Balai BBP Lawas.
Kemaskini pada 2014-08-19 14:40:05 daripada Admin Sarawak