OPS SELAMAT KEBANGSAAAN SEMPENA MUSIM PERAYAAN HARI RAYA TAHUN 2019
_____________________________
TARIKH : 29 MEI 2019 / 24 RAMADAN 1440H (RABU)
TEMPAT : PLAZA TOL GURUN
_____________________________
Pos Kawalan Bomba (PKB) di laluan Lebuhraya Utara-Selatan di negeri ini bertempat di Plaza Tol Gurun, bersempena Ops Selamat Kebangsaan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 bagi memberi bantuan segera sekiranya berlaku kemalangan khususnya di jalan raya.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah diletakkan dalam keadaan siapsiaga mulai 29 Mei sehingga 12 Jun ini yang akan melakukan rondaan dan respon kepada laporan kemalangan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di negeri ini.
Anggota akan bertugas bergilir-gilir untuk 24 jam yang menyediakan kelengkapan serta jentera yang bersesuaian.
Tujuan operasi ini adalah untuk memastikan sekiranya berlaku kemalangan, tindakan pantas akan diambil oleh JBPM Negeri Kedah.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah berharap agar orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak bomba untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi keselamatan semua pihak.
=================================
“Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah insan yang tersayang”
Kemaskini pada 2019-05-30 14:51:27 daripada Admin Kedah