MAJLIS PELANCARAN PEMERIKSAAN PREMIS, OPS RAYA 2019
_________________________
TARIKH : 26 MEI 2019 / 21 RAMADAN 1440H
TEMPAT : AMAN CENTRAL MALL
_________________________
Majlis Pelancaran Pemeriksaan Premis Sempena Musim Perayaan atau OPS Raya diadakan di Ruang Legar Aman Central Mall, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Majlis dimulakan seawal jam 11.00 pagi merupakan simbolik kepada masyarakat untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan penjagaan keselamatan diri dan harta benda.
Majlis dirasmikan oleh PPjB Syufa'at bin Kamaron, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah. Acara diteruskan dengan penyampaian kit pemeriksaan premis OPS Raya 2019 kepada Ketua-ketua Zon JBPM Negeri Kedah.
Turut diadakan penyampaian Sijil Perakuan Bomba kepada premis-premis yang ditetapkan dan juga penyampaian Sijil Teman Pili Bomba.
JBPM Negeri Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini terutamanya kepada pihak Aman Central Mall.
Kemaskini pada 2019-05-29 15:56:25 daripada Admin Kedah