15 Mei 2019 (Rabu) - Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Tilawah Al-Quran, Alunan Azan dan Qasidah Peringkat Kebangsaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tahun 1440H/ 2019M telah berlangsung di Auditorium Haji Mansur, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah petang tadi.
Majlis anjuran bersama Bahagian Pengurusan Korporat JBPM dan Biro Kebajikan dan Kebudayaan MASKAB telah disempurnakan oleh YAS Dato' Hj. Amer b. Hj. Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM.
Pertandingan ini telah berlangsung selama 3 hari bermula Isnin, 13 Mei 2019 melibatkan penyertaan daripada kakitangan jabatan bomba seluruh negara. Berikut ialah senarai pemenang mengikut kategori;
Qari:
1. Mohd Juwaidi b. Hj. Shahbudin (Kedah)
2. Muhammad Amirul b. Baharu din (Johor)
3. Bukhari b. Ahmad (Selangor)
Qariah:
1. Siti Aisyah b. Md Arif (Kedah)
2. Nurliyana bt. Hj. Nasir (N.Sembilan)
3. Hasliza bt. Amri (Perak)
Alunan Azan:
1. Mohd Saiful b. Shamsudin (Pahang)
2. Muhammad Aiyzam b. Jokisin (Sabah)
3. Ahmad Farizan b. Saad (Kedah)
Qasidah:
1. JBPM P.Pinang
2. JBPM Melaka
3. JBPM Johor
Keseluruhan:
1. JBPM Kedah
2. JBPM P.Pinang
3. JBPM Pahang
TAHNIAH, KEJAYAAN ANDA PEMANGKIN KECEMERLANGAN Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah