MESYUARAT PENGURUSAN BIL 3/2019
___________________________
TARIKH : 8 MEI 2019 / 3 RAMADAN 1440H (RABU)
TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA, IBU PEJABAT JBPM NEGERI KEDAH
___________________________
Mesyuarat Pengurusan Bil.3/2019 telah di pengerusikan oleh Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Syufa'at bin Kamaron, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat JBPM Negeri Kedah, Jalan Suka Menanti.
Turut hadir mesyuarat pengurusan ini adalah Penolong Pengarah Bahagian JBPM Kedah dan Ketua Zon JBPM kedah.
Mesyuarat ini merupakan medium komunikasi antara Pengurusan Tertinggi JBPM Negeri Kedah bersama Pegawai Kanan Bahagian dan Zon JBPM Negeri Kedah. Selain berbincang mengenai penyelesaian kepada segala permasalahan dalam pelaksanaan tugas, agenda mesyuarat turut membincangkan idea-idea baharu/ inovatif dalam aspek penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam melalui menyelaras, memantau urusan pengoperasian dan maklum balas setiap Pegawai Kanan Bahagian dan Zon JBPM Negeri Kedah
Kemaskini pada 2019-05-23 10:21:24 daripada Admin Kedah