MESYUARAT AGUNG PERISMA KEDAH KALI KE - 18
________________________
TARIKH : 26 APRIL 2019 / 20 SYAABAN 1440H
TEMPAT DEWAN MUHAMMAD ADIB, IBU PEJABAT JBPM NEGERI KEDAH
DIRASMIKAN : YS PKPjB SAYANI BINTI HAJI SAIDON, PENGARAH JBPM NEGERI KEDAH
_______________________
Bertempat di Dewan Muhammad Adib, Ibu Pejabat JBPM Negeri Kedah telah diadakan Mesyuarat Agung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat (PERISMA) Negeri Kedah kali ke-18. Hadir bagi merasmikan mesyuarat ialah YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah JBPM Negeri Kedah.
Turut hadir ialah Pegawai Kanan Jabatan, Pegawai-pegawai Bomba Wanita dan Ahli-ahli PERISMA JBPM Negeri Kedah.
Mesyuarat Agung PERISMA Negeri Kedah turut diadakan pemilihan bagi jawatankuasa bagisesi 2019-2021.
Pengarah JBPM Negeri Kedah berkata, apa sahaja jawatan yang diberi adalah menjadi satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.
"Jawatan adalah amanah perlu ditunaikan tanggungjawabnya, apatah lagi PERISMA Negeri Kedah adalah persatuan yang menjadi tulang belakang kepada Pegawai Bomba, JBPM Negeri Kedah," jelasnya.
Selamat menjalankan tugas kepada semua jawatankuasa baharu bagi sesi 2019 - 2021. Tahniah.