MAJLIS PERJUMPAAN YS PENGARAH BERSAMA PEGAWAI JBPM PUTRAJAYA
Program turun padang menjadi satu medium utama penghubung diantara Pegawai Pengurusan Tertinggi JBPM Putrajaya dengan pegawai - pegawai diperingkat balai.
Ini terbukti dengan berlangsungnya Majlis Perjumpaan YS Pengarah JBPM Putrajaya "PgKBI Md Hilman bin Abd Rashid" dengan pegawai - pegawai yang telah diadakan pada 10 Mac 2014 di Dewan Sutera JBPM Putrajaya baru - baru ini.
Pelbagai isu dan cadangan telah dibentangkan di dalam majlis perjumpaan ini melibatkan permasalahan tugasan, kebajikan di balai, BIB dan lain - lain lagi.
Di dalam majlis ini juga YS Pengarah JBPM Putrajaya telah berbesar hati untuk menyampaikan sijil perlantikan Pasukan High Rise Rescue kepada pegawai - pegawai yang telah terpilih dan berjaya menjalani latihan sebelum ini.
Tidak ketinggalan YS Pengarah juga telah menyampaikan sijil dan cenderamata kepada pegawai - pegawai yang terpilih sebagai The Best Firefighters Of The Month.
Kemaskini pada 2014-12-10 14:15:47 daripada Admin Putrajaya