CERAMAH KESELAMATAN KEBAKARAN KELAB 3K
JBPM Putrajaya sentiasa menanamkan usaha kesedaran keselamatan kebakaran kepada orang awam bermula sejak dari kecil lagi. Ini terbukti dengan terlaksananya aktiviti ceramah keselamatan kebakaran kelab 3K yang telah dilaksanakan pada 12 Mac 2014 bertempat di Sekolah Tadika Islam Surau Presint 11, Putrajaya. Ceramah tersebut telah mendapat sambutan yang baik dikalangan 70 orang kanak - kanak tadika serta 10 orang guru.
Kemaskini pada 2014-12-10 14:15:29 daripada Admin Putrajaya