MESYUARAT SEKTOR PENGURUSAN JBPM
__________________
TARIKH : 11 - 14 APRIL 2019 / 5 - 8 SYAABAN 1440H
HARI : KHAMIS - AHAD
TEMPAT : PULAU LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN
__________________
Mesyuarat Sektor Pengurusan JBPM telah berlangsung pada 11-14 April di Langkawi, melibatkan pegawai daripada Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat dan Penolong Pengarah Pengurusan setiap negeri seluruh negara. Sempena mesyuarat tersebut, aktiviti berkayak dan perkhemahan diadakan di Pulau Langgun, Langkawi.
Aktiviti adalah di bawah pemantauan dan kerjasama dengan Pegawai Bomba Zon Langkawi, BBP Langkawi dan BBP Persiaran Putra diketuai Penguasa Bomba (PgB) Mohd Fadzlullah bin Mohd Noor; Ketua Zon 4 Langkawi dan pasukan PPDA diketuai oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Abdul Muin bin Ayob; Pegawai Bahagian Latihan JBPM Negeri Kedah yang memberi sokongan keselamatan peserta sepanjang aktiviti berkayak.
Sebanyak 3 buah bot bomba bersama pasukan PPDA mengiringi peserta sepanjang pergerakan peserta.
Semua peserta mendapat pendedahan dan ilmu berhubung keselamatan di air dan aktiviti ‘water confidence’ & teknik berkayak dan semua peserta berjaya berkayak ke Pulau Langgun dan pulang melalui Kilim Jetty,Langkawi.
Kemaskini pada 2019-04-18 12:19:26 daripada Admin Kedah