YS Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang, PKPjB Azmi Bin Tamat, telah mengadakan lawatan rasmi ke BBP Jalan Perak pada 18 Februari 2014. Pen. Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, PgKB II Mohd Shukor bin Fadzil turut mengiringi YS Pengarah dalam lawatan kali ini. Ketua BBP Jalan Perak, TPgB Yamin bin Tekor menyambut ketibaan YS Pengarah dengan menjemput beliau membuat pemeriksaan barisan. Program disusuli dengan sesi dialog bersama anggota Balai. Dalam ucapannya, YS Pengarah menyeru semua supaya meningkatkan tahap disiplin, stamina dan tahap kecekapan dalam semua bidang kebombaan. Lawatan YS Pengarah diakhiri dengan pemeriksaan kawasan balai dan jentera serta peralatan kebombaan.
|
|
|
Kemaskini pada 2014-08-19 12:13:04 daripada Admin Pulau Pinang