Pada 24 Mac 2014 telah berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013 Peringkat Zon Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis) JBPM bertempat di Dewan Dato’ Hamzah, Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Pulau Pinang. Majlis telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Wan Mohd Nor Bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Buat julung kalinya majlis ini dianjurkan secara bersama oleh JBPM Negeri Pulau Pinang, JBPM Negeri Kedah dan JBPM Negeri Perlis. Dalam majlis tersebut seramai 142 orang pegawai menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah khidmat cemerlang serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis ini.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2014-08-19 12:12:44 daripada Admin Pulau Pinang