4 Mei 2014 - Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2014 Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Sunshine Bertam Shopping Mall, Kepala Batas. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh PPjB Mohamad Shoki bin Hamzah, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang. Majlis dimulakan dengan perbarisan dan pembacaan perutusan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2014 YAB Tan Sri Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Majlis turut diserikan lagi dengan program derma darah, pameran kebombaan dan jentera, pertandingan mewarna dan persembahan kombo jabatan. Selamat menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia 2014!
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2014-08-19 12:04:26 daripada Admin Pulau Pinang