Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg

Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Labuan - Ops Raya JBPM Labuan 2013

2 Ogos 2013 - Sempena Musim Perayaan Aidilfitri 2013, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Labuan telah melancarkan Ops Raya. Program ini telah dilancarkan oleh Penguasa Kanan Bomba I , Jainal @ Zainal Bin Madasin, Pengarah JBPM Labuan di Perkarangan Balai Bomba Kg. Jawa.

 

 

Antara tujuan utama Ops raya dilancarkan adalah seiring dengan hasrat Ketua Pengarah JBPM, iaitu bagi memastikan keselamatan dari aspek kebombaan sentiasa berada di tahap yang tinggi dan dan kekuatan anggota pada musim perayaan juga sentiasa mencukupi.

 

 

Selain daripada itu juga, rondaan juga dilakukan di seluruh W.P.Labuan bagi memandangkan ramai warga Labuan yang pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing. Dalam majlis yang sama, penyampaian hamper kepada ketua-ketua balai telah diberikan sempena hari raya aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Hadir untuk menerima hamper adalah Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Layangan, Tn. Asmaidi Bin Taukal, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kg. Jawa, Tn. Nasrullah Bin Attu serta Wakil Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Labuan Tn. Riham Bin Abdullah.


Pelancaran telah dibuat pada jam 9.30 pagi dan melibatkan unit RIM (Rapid Intervention Motorcycle), Jentera FRT . Water Tank, Dan Juga Pasukan Penyelamat Di Air.


Turut hadir dalam Program Ops Raya adalah Penguasa Kanan Bomba II, Alias Bin Abu, Timbalan Pengarah JBPM Labuan serta semua Ketua-ketua Bahagian dan Pegawai Kanan Jabatan.

 

 

Koleksi gambar



Kemaskini pada 2014-08-14 11:31:19 daripada Admin Labuan

  •  
  • Print
  • Email this page