YS PENGARAH BOMBA KEDAH TINJAU KESIAPSIAGAAN SAR LAUT LIMA'19
_______________________________
TARIKH : 28 MAC 2019 / 21 REJAB 1440H
HARI : KHAMIS / 9:00 PAGI
TEMPAT : PERAIRAN LANGKAWI
_______________________________
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah, YS Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB), Sayani binti Haji Saidon bersama-sama Pegawai Kanan JBPM Kedah sempat meluangkan masa untuk melawat ke penempatan bersedia pasukan Sar Laut yang diketuai PKPgB Bustan Bin Karuddin.
YS Pengarah juga telah dibawa mengelilingi Pantai Chenang, Pulau Dayang Bunting dan kawasan sekitarnya. Sepanjang perjalanan tersebut YS Pengarah telah diberi taklimat tentang kawasan-kawasan yang dilawati.
SAR LAUT Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah diletakkan dalam posisi siap siaga untuk sebarang keperluan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di laut
Kemaskini pada 2019-04-01 10:25:59 daripada Admin Kedah