MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN MAC 2019
28 Mac 2019 (Khamis) 8.30 Pagi - Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Mac 2019 Peringkat JBPM Putrajaya telah dihadiri oleh anggota-anggota BBP Putrajaya, pegawai-pegawai dan kakitangan gunasama JBPM Putrajaya. Atur cara majlis bermula dengan ketibaan YS PgKB I Md Hilman bin Abd Rashid, Pengarah JBPM Putrajaya dengan diiringi PgB Noraziah binti Hj. Hassan, Penolong Pengarah Operasi Negeri. Diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Siap Sedia Setiap Masa, pemeriksaan baris, bacaan doa, ucapan YS Pengarah, penyampaian Best Fire Fighters bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2019 dan diakhiri dengan sesi bergambar. Apa yang menariknya ketika majlis, kelihatan beberapa 'hot air balloon' dengan pelbagai bentuk yang unik menjadi latar belakang yang mana bermula pada 28 Mac sehingga 31 Mac 2019 telah berlangsungnya International Hot Air Ballon di Putrajaya.
Kemaskini pada 2019-03-28 14:28:07 daripada Admin Putrajaya