KETIBAAN KSU KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN DI LIMA' 2019
_________________________
TARIKH : 25 MAC 2019 / 18 REJAB 1440H
HARI : ISNIN
TEMPAT : LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA LANGKAWI
__________________________
Ketibaan Datuk Mohammad bin Mantek, Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi telah disambut oleh YAS Dato' Mohammad Hamdan bin Hj Wahid Ketua Pengarah JBPM; Pengarah-Pengarah Bahagian JBPM; serta pegawai-pegawai kanan JBPM.
Turut menanti kehadiran KSU adalah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah, YS Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB), Sayani binti Haji Saidon bersama-sama Ketua Zon; Pegawai Kanan JBPM Kedah dan Anggota Balai.
LIMA' 2019 dibuka 26 Mac 2019 kepada delegasi dan pelawat perdagangan sehingga 28 Mac 2019 dan pelawat awam bermula 29 Mac 2019 di Dewan MIEC dan Resort World Langkawi, Kedah.
Kemaskini pada 2019-03-26 16:36:11 daripada Admin Kedah