ANUGERAH PENGANUGERAHAN PINGAT KEBESARAN JABATAN DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2018 JBPM NEGERI KEDAH
_________________________
TARIKH : 24 MAC 2019 / 17 REJAB 1440H
HARI : AHAD / 4:00 PETANG
TEMPAT : DEWAN MUHAMMAD ADIB, IBU PEJABAT JBPM KEDAH
__________________________
Majlis Penganugerahan Pingat Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018 JBPM Negeri Kedah telah disempurnakan oleh YAS Dato' Mohammad Hamdan bin Hj Wahid Ketua Pengarah JBPM yang diadakan di Dewan Muhammad Adib, Ibu Pejabat, JBPM Negeri Kedah. .
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah, YS Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB), Sayani binti Haji Saidon. Turut hadir PPjB Syufa'at bin Kamaron, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah.
Turut mengalu-alukan pada Majlis Penganugerahan Pingat Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018 JBPM Negeri Kedah ini adalah Penolong Pengarah Bahagian JBPM Kedah, Ketua-ketua Balai, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota JBPM Kedah.
Majlis Penganugerahan Pingat Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada anggota Perkhidmatan Awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang.
Perkhidmatan cemerlang adalah perkhidmatan yang diberikan oleh anggota perkhidmatan Awam yang mutu dan penghasilannya melebihi daripada tanggungjawab biasa bagi jawatannya.
JBPM Negeri Kedah mengucapkan tahniah diucapkan kepada penerima pingat dan pegawai penerima APC 2018 dan berharap dengan adanya anugerah ini, ia akan menjadi pemangkin ke arah merangsang kakitangan lain untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi serta cemerlang.
Terima kasih semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis ini.
Kemaskini pada 2019-03-26 11:20:12 daripada Admin Kedah