30 Januari 2014, BBP Meru. Majlis Perbarisan Tahunan peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak telah diadakan pada hari ini bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Meru, Ipoh. Dalam perjumpaan yang melibatkan besar pegawai kanan, anggota dan kakitangan pengurusan seluruh negeri ini, YS Pengarah JBPM Negeri Perak telah membaca perutusan YAS Ketua Pengarah JBPM bagi sama-sama mendengar segaligus berazam untuk terus menyokong jabatan bagi mencapai bersama hasrat untuk menjadikan jabatan ini sebagai sebuah Organisasi Yang Berprestasi Tinggi.
Dalam majlis iyang sama juga, YS Pengarah turut menyampaikan sijil penyertaan Teman Pili Bomba kepada yang telah mendaftarkan diri sebagai Teman Pili Bomba. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Timbalan Pengarah JBPM Negeri Perak, Penolong Pengarah Bahagian dan pegawai-pegawai dalam jabatan.
Kemaskini pada 2014-08-19 11:53:29 daripada Admin Perak