17 Februari 2014, Gerik. Operasi memadam kebakaran hutan di Gunung Raba, Bersia Gerik Perak yang bermula kejadianya pada 11.2.2014 kini telah Berjaya dipadamkan sepenuhya. Hutan yang terbakar adalah hutan jenis kebun pokok getah dan tanaman pertanian masyarakat kampung di kawasan itu. Operasi yang melibatkan seramai kira-kira 190 pegawai dan anggota JBPM dan bantuan pelbagai agensi dalam usaha ini telah berahir pada tarikh 15.2.2014 pada waktu lewat petang.
YB Menteri Besar perak Darul Ridzuan juga meninjau ke lokasi kebakaran tersebut untuk mengetahui situasi sebenar kejadian kebakaran dan juga melihat anggota pemadam menjalankan tugas-tugas pemadaman termasuk agensi lain yang memberi kerjasama. Turut hadir ke lokasi ialah YS Pengarah JBPM Negeri Perak dan pegawai-pegawai kanan Jabatan.
Kemaskini pada 2014-08-19 11:53:12 daripada Admin Perak