LAWATAN KERJA RASMI PEMANGKU PENGARAH JBPM KEDAH KE ZON 2 SUNGAI PETANI
____________________
TARIKH : 3 MAC 2019 / 26 JAMADILAKHIR 1440H HARI : AHAD / 9:00 AM
TEMPAT : BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SUNGAI PETANI
____________________
Ketua Zon 2 Sungai Petani, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, PgKB II Mohd Mazukhi bin Shaffie turut menyambut ketibaan Timbalan Pengarah, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Mohd Zahar bin Abdullah Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah.
Lawatan ini adalah bertujuan membentuk satu hubungan kerjasama yang positif di antara pengurusan tertinggi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah bersama pegawai Zon 2 Sungai Petani.
Selain itu, tujuan lawatan ini juga adalah sebagai perkongsian maklumat mengenai pembangunan dan kemudahan semasa jabatan.
Turut sama dalam delegasi lawatan ini adalah Penolong Pengarah Bahagian JBPM Kedah, Pegawai Kanan Zon 2 dan Anggota Balai Bomba dan Penyelamat.
Lawatan berakhir dengan ucapan dan menandatangani buku pelawat balai.
Kemaskini pada 2019-03-13 11:02:25 daripada Admin Kedah