19 Februari 2014, Kampar. Operasi pemadaman kebakaran Gunung Tempurung di Kampung Sungai Siput Selatan, Kampar Perak yang bermula pada 14.2.2014 kini telah berjaya dikawal sepenuhnya dan tugasan bersiap sedia dan pemantauan di lokasi untuk sebarang kemungkinan masih berjalan.
Tahap ketinggian puncak Gunung Tempurung yang terbakar ini ialah kira-kira 400-500 meter dan keluasan keseluruhan hutan gunung ini pula ialah 20 ekar. Kawasan yang terlibat dengan kebakaran hanya kira-kira 6 ekar sahaja. Namun operasi pemerhatian setiap saat sentiasa diambil berat bagi mengelakkan kemerebakan yang serius.
Satu Sidang Media Khas di lokasi kebakaran telah diadakan oleh YS Pengarah JBPM Negeri Perak dengan sebilangan besar para wartawan dan media yang hadir adalah untuk mengwar-warkan kepada masyarakat tempatan bahawa kejadian ini belum mencapai tahap kemerbahayaan yang serius dan pihak bomba kini sentiasa bersiap-sedia dalam apa jua kemungkinan.
Kemaskini pada 2014-08-19 11:52:56 daripada Admin Perak