POKOK TUMBANG DI SEKITAR PUTRAJAYA
9 Mac 2019, beberapa kawasan di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini dilanda ribut sehingga menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan, petang tadi. Kejadian itu turut menyebabkan kenderaan dan kemudahan awam di taman permainan kanak-kanak rosak akibat ditimpa pokok, namun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini. Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya menerima panggilan pada jam 6.10 petang dan jentera bersama 18 anggota tiba di lokasi enam minit kemudian. Anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati tiga pokok tumbang dan menghalang laluan di jalan utama. Operasi dimulakan pada jam 6.17 petang dengan anggota bomba membuat kerja pembersihan pokok tumbang. Operasi ditamatkan pada jam 7.58 malam ini.
Lihat Keratan Akhbar Berita Harian : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/539103/ribut-di-putrajaya-rosakkan-kenderaan-kemudahan-permainan?fbclid=IwAR3U_6DjDkG153R8JBhQTmz_GFcqzpLBi6JB-2YnBvqArT7b_E10u7m78IQ
Kemaskini pada 2019-03-11 15:35:57 daripada Admin Putrajaya