ZIARAH YB MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN KE RUMAH KELUARGA ALLAHYARHAM MUHAMMAD ADIB
_________________________________
TARIKH : 6 JANUARI 2019
TEMPAT : KAMPUNG TEBENGAU
_________________________________
Kuala Kedah, 6 Januari: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin hari ini meluangkan masa untuk melawat dan bersarapan pagi bersama keluarga Allahyarham PB Muhammad Adib Mohd Kassim di rumah mereka di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah hadir pada pertemuan rombongan ini ke rumah keluarga Allahyarham Muhammad Adib telah diketuai oleh Timbalan Pengarah, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Mohd Zahar bin Abdullah Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah.
Turut hadir Penolong-penolong Pengarah Bahagian JBPM Kedah, Ketua Zon, dan Pegawai-pegawai Kanan JBPM kedah.
Kemaskini pada 2019-01-09 09:45:41 daripada Admin Kedah