ZIARAH WIRA NEGARA OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
DATUK SERI DR MUJAHID YUSOF RAWA.
________________________________
TARIKH : 29 DISEMBER 2018 / 20 RABIULAKHIR 1440H\
________________________________
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa selepas melawat ibu bapa Allahyarham iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, dan Asma Aziz, 51 di rumah mereka di Kampung Tebengau, Alor Setar.
Turut serta Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah Dr Ismail Salleh serta Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Keusahawanan Kedah Encik Mohd Asmirul Anuar Aris.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah mengatur pertemuan rombongan ini ke rumah Allahyarham Muhammad Adib telah diketuai oleh Timbalan Pengarah, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Mohd Zahar bin Abdullah Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah.
Turut hadir Penolong-penolong Pengarah Bahagian JBPM Kedah, Ketua Zon, dan Pegawai-pegawai Kanan JBPM kedah.
Kemaskini pada 2018-12-31 08:58:32 daripada Admin Kedah