PROGRAM D’MEX ZON SUNGAI PETANI
________________
TARIKH : 19 DISEMBER 2018
TEMPAT : PANTAI MURNI WATER FRONT
________________
Program D’Mex yang dianjurkan hari ini disertai 200 peserta dari enam agensi termasuk Maritim Malaysia, JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), RELA dan Hospital Yan.
Program yang bermula jam 8.30 pagi hingga 11 pagi itu dilakukan setiap tahun sebagai persediaan menghadapi musibah bencana sekiranya berlaku kejadian kemalangan di laut di daerah Yan.
Simulasi bermula dengan dua buah bot membawa 14 pelancong tempatan ke lokasi peranginan Pulau Songsong dari Jeti Pulau Pinang yang terbalik akibat kejadian ribut dan ombak kuat di tengah laut.
Kemaskini pada 2018-12-26 12:55:26 daripada Admin Kedah