TAKLIMAT AKTA PERKHIDMATAN BOMBA (PINDAAN) 2018 DAN NOTA KERJASAMA ANTARA JBPM DAN PDRM
_______________________
TARIKH : 13/12/2018
HARI : KHAMIS / 0800AM
LOKASI : DEWAN IBU PEJABAT, JBPM PULAU PINANG
_________________________
Taklimat Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2018 dan Nota Kerjasama Antara JBPM dengan PDRM telah diadakan di Dewan Ibu Pejabat JBPM Pulau Pinang melibatkan 3 buah negeri di zon utara iaitu dari Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Taklimat ini disampaikan oleh YS TPjB Edwin Galan Teruki, Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM.
Turut hadir bersama-sama ialah YS PKPjB Ahmad Izram bin Osman, Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM, YS PKPjB Saadon bin Mokhtar, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang, YS PgKB I Ruhisha bin Haris, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis dan PPjB Md Salleh bin Sarbini, Pegawai Memerintah PUJBPM Bertam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah telah menyertai satu taklimat berilmu dan penuh berfaedah yang telah di ketuai oleh Timbalan Pengarah, Penolong Pesuruhjaya Bomba, PPjB Mohd Zahar Bin Abdullah, Pemangku Pengarah JBPM Negeri Kedah. Program ini melibatkan Ketua-ketua zon, Ketua-ketua Balai, Pegawai-pegawai Kanan JBPM Negeri Kedah serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat.
Kemaskini pada 2018-12-17 12:59:48 daripada Admin Kedah