KURSUS PENGUKUHAN PEMANDUAN BERHEMAH PERINGKAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KEDAH.
______________________________
TARIKH : 2 - 4 DISEMBER 2018
Pada 2-4 DIS 2018 yang telah berlangsungnya Kursus Pemanduan 4x4 Berhemah Peringkat JBPM Negeri Kedah selama tiga hari anjuran Bahagian Kejuruteraan, JBPM Negeri Kedah dan Bahagian Latihan, JBPM Negeri Kedah
Tujuan utama kursus adalah untuk menerangkan tatacara dan peraturan yang wajib diikut oleh semua Pemandu Kenderaan 4 x 4 di JBPM Negeri Kedah. Selain daripada itu juga ia adalah memberi pengetahuan mengenai tips pemanduan yang selamat, pemanduan yang mengikut undang-undang dan peraturan lalu lintas serta menerapkan nilai-nilai murni sepanjang melaksanakan tanggungjawab dikalangan anggota JBPM Negeri Kedah.
Hasil daripada Kursus Pemanduan 4x4 Berhemah ini sedikit sebanyak memberikan impak yang positif kepada peserta khusus. khususnya kepada para Pemandu Kenderaan Bermotor 4x4 berkaitan Kepentingan Pengetahuan dan etika semasa memandu agar dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti terutama dalam aspek menyelamatkan nyawa sendiri dan penumpang.
Kemaskini pada 2018-12-06 14:58:17 daripada Admin Kedah