PENGURUSAN TERTINGGI BOMBA KEDAH BERBASIKAL DI KAWASAN BENDANG
_____________________
TARIKH : 29 NOVEMBER 2018 / 21 RABIULAWAL 1440H
MASA : 7:30 PAGI
TEMPAT : KAWASAN SAWAH PADI SEKITAR GUNUNG KERIANG
TEAM FUN RIDE
Satu program santai dan penuh berfaedah yang telah di ketuai oleh Timbalan Pengarah, Penolong Pesuruhjaya Bomba,PPjB Mohd Zahar Bin Abdullah, Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah telah berjaya misinya.
Program ini melibatkan Ketua-ketua zon, Ketua-ketua Balai, Pegawai-pegawai Kanan JBPM Negeri Kedah serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat.
Team Fun Ride ini telah singgah di Masjid Sungai Baru Hilir, Gunung Keriang untuk bertemu masyarakat setempat serta mengadakan kempen keselamatan kebakaran. Program ini merupakan salah satu aktiviti pengurusan tertinggi dalam usaha mengeratkan hubungan dengan masyarakat sekitar.
Sesungguhnya program ini membuka laluan dalam mewujudkan hubungan yang lebih erat antara pengurusan tertinggi JBPM Negeri Kedah bersama masyarakat sekitar. Disamping itu juga pendekatan kempen kesedaran ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan masyarakat sekitar mengenai bahaya kebakaran serta aspek-aspek mencegah dari berlaku.
CC: Bahagian Korporat Jbpm, KPKT Malaysia
Kemaskini pada 2018-11-29 17:01:45 daripada Admin Kedah