SEKITAR LAWATAN MESRA KETUA SETIAUSAHA KPKT
__________________________
TARIKH : 23 NOVEMBER 2018 / 15 RABIULAWAL 1440H
HARI : JUMAAT
MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT LANGKAWI
Pengurusan tertinggi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan Lawatan Mesra ke Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi pada 23 November 2018.
Lawatan mesra ini telah disertai oleh: YBhg. Dato' Sri Haji Mohammad bin Mentek Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBrs. Tuan Haji Zamri bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YAS Datuk Mohammad Hamdan Wahid, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YBhg. Dato' Noor-Ihsan bin Haji Che Mat, Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Tuan Zaidi bin Tuah, Pengarah Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCORP) Negeri Kedah.
Disambut mesra oleh Timbalan Pengarah, Penolong Pesuruhjaya Bomba,PPjB Mohd Zahar Bin Abdullah merangkap Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, Ketua-ketua zon, Ketua-ketua Balai, Pegawai-pegawai Kanan JBPM Negeri Kedah serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi.
Lawatan mesra ini merupakan salah satu aktiviti pengurusan tertinggi dalam usaha mengeratkan hubungan dua hala.
Sesungguhnya program ini membuka laluan dalam mewujudkan hubungan yang lebih erat antara pengurusan tertinggi KPKT dan JBPM Negeri Kedah pada masa hadapan bagi menjayakan aspirasi jabatan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Kemaskini pada 2018-11-25 12:56:02 daripada Admin Kedah